Semuanya saya suka. Diharap anda begitu juga. Sekiranya ada sebarang komen untuk resepi-resepi ini, saya terima dengan besar hati dan masakan akan jadi lebih sedap.... :)
Selamat mencuba....
1. My Lazy Salad
8 biji tomato cherry (sekiranya campurkan yang berbagai warna, lebih menarik)
2 biji telur rebus (saya suka 3/4 kerasnya. Bergantung kepada anda)
1 ulas bawang putih dipotong dadu halus
1 biji cili merah di potong kecil halus (dibuang bijinya sekiranya tidak mahu pedas. Jika suka pedas, boleh guna cili padi)
sedikit daun bawang atau daun coriander
2 sudu besar Madu Cuka Apple (boleh guna madu biasa)
1 sudu mustard
1 sudu olive oil
sedikit air limau nipis (jika ada)
sedikit lada hitam
secubit garam
a- campurkan bawang putih, cili merah, daun bawang/ coriander, madu cuka, mustard, olive oil, air limau, lada hitam & garam. Gaul dengan garfu dan rasa. Rasanya mesti masam manis.
b- susun daun salad, tomato & telur. Tuang bahan a di atas salad.
Siap dan boleh makan.
Note $:
Daun salad, tomato ceri dan cili merah boleh dibeli dengan murah di NSK. RM2/packet sahaja & banyak.
Dengan harga murah anda boleh dapat makan masakan ala-ala Chef Oliver. He he.....
No comments:
Post a Comment