Monday, 19 September 2011

Recipes to Share

Resepi - recepi ini ada yang dicipta sendiri, ada yang saya dapatkan dari emak dan ada juga yang saya ambil dari buku-buku, majalah & akhbar.
Semuanya saya suka. Diharap anda begitu juga. Sekiranya ada sebarang komen untuk resepi-resepi ini, saya terima dengan besar hati dan masakan akan jadi lebih sedap.... :)
Selamat mencuba....

1. My Lazy Salad 

Daun salad (boleh guna apa juga jenis daun salad yang ada di pasar)
8 biji tomato cherry (sekiranya campurkan yang berbagai warna, lebih menarik)
2 biji telur rebus (saya suka 3/4 kerasnya. Bergantung kepada anda)
1 ulas bawang putih dipotong dadu halus
1 biji cili merah di potong kecil halus (dibuang bijinya sekiranya tidak mahu pedas. Jika suka pedas, boleh guna cili padi)
sedikit daun bawang atau daun coriander
2 sudu besar Madu Cuka Apple (boleh guna madu biasa)
1 sudu mustard
1 sudu olive oil
sedikit air limau nipis (jika ada)
sedikit lada hitam
secubit garam

a- campurkan bawang putih, cili merah, daun bawang/ coriander, madu cuka, mustard, olive oil, air limau, lada hitam & garam. Gaul dengan garfu dan rasa. Rasanya mesti masam manis.

b- susun daun salad, tomato & telur. Tuang bahan a di atas salad.

Siap dan boleh makan.

Note $:
Daun salad, tomato ceri dan cili merah boleh dibeli dengan murah di NSK. RM2/packet sahaja & banyak.
Dengan harga murah anda boleh dapat makan masakan ala-ala Chef Oliver. He he.....

Thursday, 15 September 2011

Cake Collections


Cake 1 - Engagement Cake Tisha & Wan
Kenangan
Ini kek adalah second trial I buat decor menggunakan Royal Icing. Pertama kali cuba buat royal icing, entah macam mana dan masih tak tahu silapnya, dari keras jadi lembik. Cantik mula-mula, beberapa jam lepas tu icing jadi lembik. Imagine macam mana rupa kek tu, he he he..... lastly kek tu jadi rezeki orang rumah Kak Pah.
Kek di dalamnya I guna Orange & Lemon Pounce Cake.


Cake 2 - Birthday Cake Student SSSP
Kenangan:
This cake was ordered by SSSP for students' birthday. 
Besar juga kek ini - 11" x 22" x 3". 
Kek di dalamnya I buat Chocolate Cake. Icing pula Cappuccino Butter Icing.


Cake 3 - Orange Cheese Cake
Kenangan:
Orange Cheese Cake ini I baked untuk Hari Raya Aidilfitri 2011 & juga sempena samput Hari Jadi Mardeana.
Resepinya I ikut resepi Chef Wan. The reason I baked this cake was b'coz I beli banyak sangat oranges from Chow Kit wet market few days before raya. Very cheap tau......



Cake 4 - Mas & Lee Cake
Kenangan:
Kek ini I hadiahkan untuk Mas & Lee masa wedding day mereka. Tebal juga kek ini, dekat 5". Tapi rasanya I tak sempat nak rasa la.....



Cake 5 - Blueberry Cheese Cake


Cake 6 - Birthday Cake
Kenangan:
Rasanya kek ini I buat untuk sambut Hari Raya & Birthday Mardeana. Untunglah Mardeana, birth date selalu dekat2 nak raya kan....... :)


Cake 7 - Kek Hantaran
Kenangan:
Kek ini adalah kek hantaran semasa pernikahan Mas & Lee.


Cake 8 - Ajid & Suzi Cake
Kenangan:
Kek hantaran Mazreel & Suzi. Sampai juga kek ini ke Terengganu.
Guna Royal Icing for the deco. 


Cake 9 - Pinky Heart Cake


10 - Harmony Chocolate Custard

Cake 11 - Wedding Cake
Kenangan:
Ini kek yang paling besar & berat yang I pernah buat untuk wedding reception Kak Ba & Abg Zaini. 12" x 24" x 5".
Kek yang digunakan adalah Dark Chocolate Kek & Orange cake layered with Prune & Raising.


 Cake 11 - Birthday Cake JPN
Kenangan:
Kek di bahagian dalam adalah Chocolate Moist Cake layered chocolate prune cream.
Kek ini di order oleh pihak JPN untuk sambut Hari Raya & Hari Jadi pekerja2 tahun 2011.
Tak tahulah apa kemen mereka.

Cake 12 - Tiramisu Cake
Kenangan:
The simplest Tiramisu Cake. Sesiapa pun boleh buat. Tak perlu pakai mascarpone cheese yang mahal tu, pakai soft cheese yang biasa sahaja.
I yang buat, so I suka la....... :)

Cake 13 - Lemon Butter Cake
Kenangan:
Inilah kek yang saya guna untuk Cake 1 di atas. Enak jika kek ini di lapis 2 dan disalut dengan 'Lemon Curd' atau kek disadur dengan 'Lemon Curd' sebelum dihidang. Boleh juga ganti buah lemon dengan buah orange. Sedap dengan rasa yang berlainan. Resepi kek ini akan saya masukkan dalam 'Recepies to share'. Cubalah ye! atau order je .. :)